Tuesday, September 15, 2009

petikan soal jawab agama

Orang yang pakai baju lengan pendek,tapi pakai hand guard,adekah dikire tutup aurat? sebab hand guard tu ketat,ikut bentuk lengan.macamane tu?

Wanita yang memakai handguard atau sarung lengan ini jika nipis dan menampakkan bentuk lengan masih dikira tidak menutup aurat dengan sempurna.


Jika makanan @ minuman dimasukki semut,bolehkah makanan @ minuman itu dibuang? kerana ade orang kate kalau makan makanan @ minum minuman tadi,boleh jadi bengap.Kan membazir tu.Kalu boleh ustaz bg dalil sekali.

Hendaklah dibuang semut yang masuk kedalam makanan itu kemudian boleh dimakan makanan itu kerana yang dilarang ialah memakan semut atau lain2 perkara yg dikira keji. Tidak dilarang memakan makanan itu setelah dibuang semut yg masuk tadi


Boleh dok sembahyang pejam mata.(nok dapatkan khusyuk).

Asalnya sunat solat dengan keadaan melihat tempat sujud tetapi jika ia celik jadi susah hendak khusyuk maka haruslah ia pejam matanya kerana khusyuk adalah satu perkara yg dituntut didalam solat.


Boleh dok kite pergi bercuti dan membelanjakan duit kat Genting Highlands ?

Jika tidak bertujuan berjudi makruh pergi ke situ tetapi sebaiknya bercutilah ke tempat lain kerana kebanyakkan duit yg kita habiskan disanan akan dimiliki oleh taukey2 judi kerana kebanyakkan pasarana disana dimiliki olih mereka.


Katekanlah satu mase nanti saye kahwin,depan sapekah isteri saye patut menjage auratnye?

Isteri kita hanyalah bermahram dengan ibu bapa kita sahaja. Yg lain tu wajiblah bertutup kepalanya.


Boleh tak sembahyang duduk walaupun tak uzur? semayang sunat kalau dok uzur boleh duduk kan?

Jika solat fadhu tidak sah solat duduk jika mampu berdiri. jika solat sunat kita boleh pilih samada mahu duduk atau berdiri.


Kalau bermesej dengan muslimat,takde rase nafsu sikit pun,tetap berdose ke?Dok dose kalau kawan dengan orang puan kan?

Tidak berdosa jika bercakap perkara2 yg penting dan bukan berleret2 perkara seronok.

Skrg ni,ramai sangat orang yang menghantar mesej dan memberi salam dengan ejaan seperti A'kum,Askum,Aslmlkm,Asamakum dan lain2.Wajib ke kita jawab kerane mungkin ia mungkin sudah mengubah maksud sebenar perkataan (salam) tersebut.

Tidak wajib jawab melainkan ditulis dengan sempurna assalamualaikum .

No comments: